Tuesday 22 March 2011

Perkongsian Ilmu...

RIBA'
Anda membuat pinjaman kpd bank,dan anda membeli kereta pd penjual.jd tiada istilah jual beli antara anda dgn bank,hanya pinjaman duit.dan interest yg bank letakkan itu adalah riba.kerana didalam islam tiada istilah KEUNTUNGAN melalui pinjaman.
berbeza dgn islamic.anda membeli kereta yg mana kereta itu adalah hak milik bank.anda buat perjanjian(akad) dgn membeli kereta pd bank dgn akad pembayaran secara ansuran yg mana pihak bank sudah membuat keuntungan ketika menjual kereta tersebut.

albaqarah.
Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba'!  (jelas hukum riba' Haram,dosa besar)
Mekanisme operasi Ijarah Thumma Bai’ adalah seperti berikut:-
1) Anda memilih kereta yang ingin dibeli.
2) Anda memohon pembiayaan Ijarah untuk kereta tersebut, membayar deposit kereta berkenaan dan berjanji
akan memajak kereta tersebut daripada bank setelah bank membeli kereta tersebut.
3) Bank menjelaskan pembayaran kereta berkenaan kepada penjual.
4) Penjual kereta memberi hak milik kereta kepada bank.
5) Bank memajakkan kereta tersebut kepada anda.
6) Anda membayar sewa Ijarah untuk satu tempoh yang telah ditetapkan.
7) Pada akhir tempoh pajakan, bank menjual kereta tersebut kepada anda pada harga yang telah dipersetujui.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...